Tuesday, February 22, 2011

TAHNIAH

Alhamdulillah unit Kadet Bomba Dan Penyelamat telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.

tahniah dah syabas kepada semua ahli kadet dlm menjayakan misi kita .

BOMBA SENTIASA BUAT YG TERBAIK .... TAHNIAH!!!!!

Thursday, February 17, 2011

MAULIDURRASUL 2011

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau
Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu
Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya
Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Wahai Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya
Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin
Engkau juga anak kunci segala kemudahan

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Engkau adalah Rasul pilihan
Pilihan Rasul yang awal dan akhir
Engkau adalah penyelamat umat
Engkau membawa rahmat dan berkat

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Ibadahmu membayangkan kehambaanmu
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu
Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah
Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah
Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua
Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

 *******************************************************************
 
Alhamdullillah dan Tahniah kepada semua ahli kadet bomba dan guru penasihat kerana telah menjayakan sambutan maulidur rasul .Segalanya telah berjalan dgn lancar di mana pada tahun ini sek paka telah terpilh utk mewakili PPD ke SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT DAERAH DUNGUN 1432H / 2011 M bertempat di PAKA pada 17 Februari 2011 ( 14 Rabiulawal 1432 )

perisapan telah dijalankan sejak dari hari ISNIN / 14.2.2011 lagi. walaupun mewakil PPD tetapi sek paka tetap menganjurkan pertandingan perarakan dan kain rentang antara unit beruniform. Seperti biasa dengan semangat berpasukan kain rentang telah disiapkan dengan hasil tangan dan penat lelah pelajar sendiri .

Sekitar hari perarakan.