Thursday, March 31, 2011

DARI YOUTUBE - KADET BOMBA SELURUH NEGARA

VIDEO-VIDEO MENARIK TENTANG AKTIVITI KADET BOMBA SELURUH MALAYSIA. SEMOGA BOLEH MEMBERI SEMANGAT UNTUK KE PERKHEMAHAN NEGERI NANTI...

KADET BOMBA DARI PERAK 'BBUAT'....

DARI KLANG PULAK

KADET KB BUAT 'WAVE'



KITA PUN ADA TEPUK SEMANGAT KITA SENDIRI. 
TEPUK GORILA ALA BOMBA SMK PAKA




 SEKALI LAGI...

Wednesday, March 30, 2011

PEMILIHAN YANG MENDEBARKAN

Seperti yang dijadualkan,semalam dan hari ini telah berlangsung sesi pemilihan saringan kedua untuk memilih wakil tetap ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri. Nampaknya pemilihan kali ini lebih ketat dan persaingannya lebih kerana kadet kita terpaksa berentap dengan wakil dari 3 buah sekolah lagi(SMK Ketengah Jaya menarik diri). 

Gabungan 3 buah sekolah.


Lebih mendebarkan,seramai 8 orang pegawai bomba turun padang untuk pemilihan ini termasuk jurulatih dari Balai Bomba Kerteh.

Jurulatih berdedikasi



Di kalangan pegawai yang datang,seorang daripadanya pernah mewakili Negeri Terengganu dan menjadi JOHAN Kawad Kaki Bomba Kebangsaan tahun 2010. Beruntungnya kadet kerana mendapat tunjuk ajar beliau.

Bukan calang-calang jurulatih.


Alhamdulillah setelah selesai pemilihan,tiada daripada kadet SMK Paka yang hadir ke pemilihan dikeluarkan daripada skuad ini. Tahniah diucapkan kepada semua 35 orang kadet lelaki dan 35 orang kadet wanita yang terpilih. Tahniah juga kepada wakil SMK Seri Paka dan SMK Seri Rasau yang terpilih. 


En.Mahadi & En.Afizi
Segala gerak geri dinilai



Kadet Bomba wanita mendapat pujian jurulatih.

Senarai tetap ahli kadet ke perkhemahan ini akan disiarkan di blog ini pada hujung minggu ini. Stay tuned...





Saturday, March 26, 2011

SENARAI AHLI KADET YANG TERPILIH KE SARINGAN KEDUA PERKHEMAHAN KADET BOMBA NEGERI

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli kadet berikut. Anda telah terpilih menyetai Latihan Pusat Kadet Bomba Daerah yang akan diadakan Selasa ini. Teruskan kecemerlangan ini untuk memastikan tempat ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri sah menjadi milik anda.




KADET BOMBA LELAKI
  1. AHMAD SYUKRI BIN ZAKARIA
  2. AHMAD ZULKAFIE BIN ABDUL RAHMAN
  3. MUHD SHAFIK SHAFUAN BIN YUSRI
  4. ABDUL AZIZ BIN AYUB
  5. AZIZOL AZMI BIN OTHMAN
  6. AHMAD YUSRI HANI BIN MOHD NASIR
  7. AZADISHAH ISKANDAR BIN AZMAN
  8. AMIR MUSTAQIM BIN AMRAN
  9. MOHD AZWAN BIN KAMARUDDIN
  10. AHMAD ISMAIL BIN ZAINAL ABIDIN
  11. NOOR SAIFULDIN BIN ZAWAWI
  12. MOHD SHAHRI AMRI BIN SUHAIMI
  13. WAN MOHD HARITH BIN WAN ZARUDDIN
  14. M.AMIRUDDIN HAKIM BIN RASHID
  15. MOHD AMIR SHAFIQ BIN MOHD SABRI
  16. MOHD IWAN BIN ABDULLAH
  17. MOHD QHAIRIL HARITH BIN SIDEK
  18. MOHD NUR SHAFIQ BIN HARUN
  19. MUHAMMAD AMIR NORHAIRI BIN AMAZA
  20. MOHD. HALIF BIN NOORDIN
  21. NOOR SYAWALUDDIN BIN ZAWAWI
  22. AHMAD ZAIRUL HAIREEZAN BIN MOHAMAD
  23. MUHAMMADNAZIH IKHWAN BIN ROSDI
  24. MOHD HAIRI BIN MOHD@MOHAMAD
  25. MUHAMMAD HISHAM BIN ZULKIFLI
  26. MUHD SAFAWI BIN ZAMERI
  27. MUHD FHARIZUAN BIN YUSUH
  28. MOHD ZULQARNAIN BIN ZAKARIA
  29. TUAN PUTERA AMIRUL (4B)
  30. MOHD ASRAF (4D)
  31. SHAHRIL AMRI (4E)
KADET BOMBA WANITA
  1. NUR HIDAYAH BINTI MOHAMAD (5D)
  2. WAN NURUL MASHAIZAH BT WAN AMRAN 
  3. SITI NOR AMIRASH BINTI MOHD NAWAWI (5D)
  4. SURAYA BINTI GHAZALI
  5. NUR FARAH WAHIDAH BT ABDUL WAHID 
  6. NUR ANIS ALIA BT ZAINAL
  7. NURIN SYARFIKA BT RAHIM
  8. CHE WAN NORINA BT CHE WAN MOHAMAD
  9. NUR NAJIHAH BT OMAR
  10. AMIRA ADILLA BT AMREE
  11. NOR ZULAIDAH BT FAUZI
  12. FARAH AISHAH BT RAFIQUL ISLAM
  13. NUR AFIFAH FARHAN BT MOHD SABRI
  14. NUR SHAHIRAH BT YUSOP
  15. NUR ZAKIRAH AFIQAH BT MOHD NAZRI
  16. NOOR FARAHIN BT MOHD ALIFF CHOO
  17. NUR ANIS NAJIHAH BT ZAIDI
  18. NOR SAHIMAH BT AZMAN
  19. AINUN SYATIRAH BT A.SUHAIMI
  20. NURFARYSHA BT ABDUL LATIF
*penambahan Ahli Kadet Bomba Wanita akan diumumkan sebelum Selasa. Nantikan pengumumannya.

Wednesday, March 23, 2011

PEMILIHAN UNTUK PERKHEMAHAN KADET BOMBA NEGERI



Semalam,berlangsung sesi pemilihan ahli kadet bomba dan penyelamat untuk mewakili daerah Dungun ke perkhemahan Kadet Bomba peringkat negeri yang bakal diadakan 4 minggu dari sekarang. Pemilihan ini melibatkan semua sekolah menengah di bawah pengurusan Balai Bomba Paka. Sekolah-sekolah tersebut ialah :-


1. SMK Paka
2. SMK Seri Paka
3. SMK Seri Rasau
4. SMK Ketengah Jaya

Sesi pertama bermula di SMK Paka jam 10.00pagi. Daripada hampir 80 orang yang mengambil bahagian,31 orang kadet lelaki dan 23 orang kadet wanita terpilih untuk menyertai latihan pusat peringkat daerah yang akan diadakan selama 3 minggu bermula minggu hadapan. 

Baris diperiksa oleh pegawai bertugas.

En.Mahadi,ketua jurulatih kadet bomba SMK Seri Paka turut menilai.

Cikgu Masniza-ketua guru penasihat kadet sentiasa setia bersama.

Ketua Unit Latihan Balai Bomba Paka memerhati pergerakan kadet.

'Squad leader' diberi tunjuk ajar.

Ketua unit juga dinilai.

Kita juga dimaklumkan bahawa pemilihan saringan kedua akan dilakukan selepas latihan minggu depan untuk menentukan ahli platun sebenar yang akan mwakili ke peringkat negeri nanti. Diharap semua kadet bersedia.


Jumlah kadet semakin kecil selepas saringan.


Kadet Bomba Wanita SMK Paka masih muda tapi berpotensi besar.

SMK Paka juga bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah untuk sesi latihan pusat tersebut. Tahniah kepada semua ahli kadet yang terpilih. Teruskan kecemerlangan...EXCELLENCE FOR ALL!!!




Sunday, March 20, 2011

SEMANGAT MEMBARA - MISI MENJADI JUARA BERMULA

KEJUTAN BESAR
Pada perhimpunan mingguan pagi tadi seluruh ahli dan guru penasihat Kadet Bomba SMK Paka dikejutkan dengan pengumuman bahawa latihan pada petang ini akan dinilai oleh Pegawai Bahagian Latihan Balai Bomba Paka. Ahli Kadet yang terbaik akan disenaraikan untuk ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri.

Berita itu boleh dianggap satu kejutan besar kerana tiada makluman awal dari mana-mana pihak. Dalam keadaan kecemasan tersebut,semua ahli kadet Bomba Elit dan pelapis dipanggil berkumpul selepas perhimpunan.


Keliru. Semua ahli kadet terkejut dengan pengumuman tadi.
Kadet Bomba tetap sedia menghadapi apa jua dugaan.
Akhirnya senarai penuh elit dan pelapis berjaya dipenuhkan.
LATIHAN PENUH BERMULA
Tidak mahu kalah dengan dugaan,ahli Kadet Bomba datang berlatih seawal jam 4 petang. Kuota ahli 1 skuad berjaya dipenuhi dan kehadiran hampir mencapai 100%. Hanya beberapa orang sahaja yang tidak dapat hadir bersama termasuk 'Squad Leader 1'. 
Bomba Elit Wanita
Latihan keras sudah mula menampakkan hasilnya.
Hentak kaki....paras!


CABARAN
Keyakinan ahli kadet semakin memuncak. Latihan melintas di padang kawad untuk memperlihatkan kebolehan Kadet Bomba Elit lelaki. Di tempat yang sama beberapa skuad dari unit beruniform lain turut berlatih. Semuanya merupakan lawan di peringkat sekolah dan daerah nanti.
Kadet Polis Lelaki diwakili oleh junior-junior tidak boleh dipandang rendah.
Juara 2010. Kadet Polis Wanita sudah mula latihan formasi.
Diperhatikan dan dinilai.


HALANGAN
Walaupun kualiti latihan semakin meningkat,terdapat beberapa isu besar yang masih lagi melanda terutamanya komitmen ahli-ahli yang terlibat dalam sukan dan permainan. Majoriti daripada skuad elit lelaki terlibat dengan pertandingan bolasepak peringkat zon yang bermula minggu ini. Sebahagian daripada elita wanita juga terlibat dengan pertandingan bola jaring. Satu alternatif sedang difikirkan oleh guru-guru penasihat untuk membolehkan komitmen ahli pada latihan dan ujian tetap berterusan. 
11 orang. Hanya mereka yang tinggal setelah sebahagian ahli bergerak ke padang sekolah untuk latihan bolasepak.






BERSURAI
Hampir jam 5 petang dikhabarkan Pegawai Latihan Bomba tidak akan hadir atas sebab teknikal. Oleh itu,pemilihan ahli ke peringkat negeri ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kadet,guru penasihat yang hadir serta jurulatih sukarela yang berkorban masa dan tenaga untuk bersama menjayakan latihan ini.

Monday, March 14, 2011

LATIHAN HARI KETIGA TERGENDALA



Seperti biasa latihan bermula seawal 8.30 pagi. En.Afizi,Pegawai Latihan dari Balai Bomba Paka turut datang memberi bimbingan. Hampir jam 10 pagi,hujan turun dengan lebatnya menyebabkan latihan terpaksa dihentikan. Terima kasih kepada semua kadet dan jurulatih yang telah hadir.
TERGENDALA


Adakah anda puas hati dengan hasil latihan kawad dalam cuti ini?




LATIHAN DALAM CUTI HARI KEDUA

Seawal jam 8.30 pagi,latihan sudah bermula. Kehadiran seramai 24 orang termasuk squad leader. Ahli yang hadir terdapat juga ahli-ahli yang baru. Pegawai Latihan dari Balai Bomba Paka pun turut memeriahkan dengan kehadiran mereka. Terima kasih kepada Pegawai yang sudi hadir dengan sukarela walaupun pihak sekolah tidak sempat menjemput secara formal.

 Latihan hari kedua lebih bersemangat

Latihan turut disertai oleh rakan-rakan baru.
Pegawai Bomba dari Balai Bomba Paka turun padang dengan kereta perisai mereka.
Pegawai Bomba berkongsi kepakaran mereka dengan para kadet.
Senyuman membawa padah.
Kan dah kata....
Fokus.
Semua pihak bekerjasama.
Paras!!! Saifuddin membantu skuad.
 Jurulatih yang setia bersama.
Semakin serasi. Semakin hampir membentuk Skuad Juara!
3 Komander....dulu dan kini.

Secara umumnya kita belum membentuk skuad yang lengkap lagi. Tapi dengan komitmen dan semangat begini,insyaAllah kita mampu jadi JUARA. 



p.s. semangat ahli kadet berlatih semasa cuti sekolah sangat-sangat dikagumi. Sepatutnya semangat begini boleh dinilai layak untuk mewakili Kadet Bomba ke peringkat lebih tinggi(contohnya ke negeri). Hanya di sini ada kadet sebegini. Teruskan Kadet Bomba SMK Paka.



Sunday, March 13, 2011

uji bakat kawad kaki

Seramai 24 orang ahli kadet bomb adtg memeriahkan sesi uji bakat kawad kaki kadet bomba SMK PAKA.

Ribuan terima kseh kpd senior2 yg dtg menyuntik semangat ahli kadet ... HUSAINI , AMIR , HAIRUL , FAIZ , AQWA ... dan juga kepada PEGAWAI BOMBA BALAI PAKA ....

ESOK SELASA, 14 MAC 2011  ada lg latihan kawad kaki .... 

PAKAT RAMAI2 G GEGARKAN PADANG KAWAD SMK PAKA .... 
LELAKI SAHAJA

perlu latihan lbh byk lg ...
ahli yg hadir
senior memberi tunjuk ajar
AQWA yg turut membantu
pegawai bomba dtg dgn kereta kebalnyer
penyuntik semangat

Saturday, March 12, 2011

PERHATIAN ..... WOOOOOOOIIIIIIIIIIIIIIIIIII

daripada pengerusi kadet bomba 2011 ;

perhatian kepada semua ahli kadet bomba yang ingin menyertai persembahan kawad kaki d mesra mall, kawad kaki peringkat sek dan perkhemahan kadet bomba peringkat negeri, sila hadiri UJI BAKAT pg esok AHAD , 13 MAC 2011 jam 8 pg d tapak kawad @ nama lainyer d SMK PAKA ../. sape2 mai lewat akan dikenakan hukuman yang setimpal dengannyer ... kalu ujan pun mai gok ... ley lawad dlm dewan ... air x disediakan o penganjur ... sila bawak sendiri .. kerjasam anda amat kami hargai .. KERJASAMA anda amat diperlukan ....sila sebarkan BERITA SENSASI ini kepada kengkawan yang lain melalui sms ker jgn kedekutkan DUIT utk mase depan sekolah .. kerna sek kiter dapat belaja .. tanpe SEKOLAH siapa la kiter .. sebarang pertanyaan sila hubungi PENGERUSI .... 1 BOMBA 1 MALAYSIA .... :)