Wednesday, March 23, 2011

PEMILIHAN UNTUK PERKHEMAHAN KADET BOMBA NEGERI



Semalam,berlangsung sesi pemilihan ahli kadet bomba dan penyelamat untuk mewakili daerah Dungun ke perkhemahan Kadet Bomba peringkat negeri yang bakal diadakan 4 minggu dari sekarang. Pemilihan ini melibatkan semua sekolah menengah di bawah pengurusan Balai Bomba Paka. Sekolah-sekolah tersebut ialah :-


1. SMK Paka
2. SMK Seri Paka
3. SMK Seri Rasau
4. SMK Ketengah Jaya

Sesi pertama bermula di SMK Paka jam 10.00pagi. Daripada hampir 80 orang yang mengambil bahagian,31 orang kadet lelaki dan 23 orang kadet wanita terpilih untuk menyertai latihan pusat peringkat daerah yang akan diadakan selama 3 minggu bermula minggu hadapan. 

Baris diperiksa oleh pegawai bertugas.

En.Mahadi,ketua jurulatih kadet bomba SMK Seri Paka turut menilai.

Cikgu Masniza-ketua guru penasihat kadet sentiasa setia bersama.

Ketua Unit Latihan Balai Bomba Paka memerhati pergerakan kadet.

'Squad leader' diberi tunjuk ajar.

Ketua unit juga dinilai.

Kita juga dimaklumkan bahawa pemilihan saringan kedua akan dilakukan selepas latihan minggu depan untuk menentukan ahli platun sebenar yang akan mwakili ke peringkat negeri nanti. Diharap semua kadet bersedia.


Jumlah kadet semakin kecil selepas saringan.


Kadet Bomba Wanita SMK Paka masih muda tapi berpotensi besar.

SMK Paka juga bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah untuk sesi latihan pusat tersebut. Tahniah kepada semua ahli kadet yang terpilih. Teruskan kecemerlangan...EXCELLENCE FOR ALL!!!




No comments:

Post a Comment