Friday, April 29, 2011

Penyampaian hadiah kemenangan

Selasa , 26 April 2011 .... penyampaian hadiah kepada elit kadet bomba yang telah menyertai PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU telah diadakan pada perhimpunan pagi kokurikulum ... TAHNIAH dan SEMOGA TAHUN DEPAN KEJAYAAN LEBIH CEMERLANG DAPAT DICAPAI.....






PENCAPAIAN KONTIJEN DUNGUN 2011
TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KAWAD KAKI
TEMPAT KETIGA KAWAD OPERASI BASAH
TEMPAT KETIGA KHEMAH TERBAIK(TIDAK RASMI)
TEMPAT KELIMA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN


wakil2 ambil hadiah kalau semua lama sgt .... sorry 2 others k
 


pasukan kawad operasi basah






guru2 Smk Paka yang sentiasa mematuhi peraturan dan arahan

para pelajar yang berpakaian uniform unit masing2


Thursday, April 28, 2011

DIARI : Hari Kedua - Pertandingan Kawad Kaki & Trek Berhalangan

Malam pertama di Merbau Menyusut agak kurang selesa. Al-maklumlah...sudah biasa tidur beralas tilam empuk dan berteman bantal golek. Nyanyian serangga dan dengkuran teman sekhemah membuatkan mata tidak mampu lelap.Yang menambahkan resah,esok paginya bermulalah pertandingan kawad kaki. 


Seawal 4.30 pagi sudah ada para kadet yang bangun untuk bersiap,namun yang betul-betul membangkitkan semua dari tidur ialah 'leteran' Kem Komanden. Setelah solat subuh berjemaah,senaman pagi dan sarapan pagi...bersiaplah kadet kita dengan uniform lengkap. Kadet kita terpaksa bergegas....sebab giliran persembahan kawad Kontijen Dungun.....


Nasib kita la tu...dapat giliran pertama setiap acara. Mungkin Tuhan mahu menguji kita. Apapun,lawan tetap lawan.



Jangan gabra Harith....aku sentiasa di sisi mu.
Confident.
Medan Pertandingan...debarannnnn
Kami yang pertama tiba di lokasi.
Kontijen Marang yang lambat sampai...Dungun jugak dimarahinya.
Segak dan bersedia.

Kontijen Dungun siap sedia untuk diperiksa pakaian Tuan!!!
Tibalah giliran yang ditunggu-tunggu....sungguh ramai yang meminta untuk melihat video ini. Dengan sukacitanya dipersembahkan,video rakaman kawad kaki Kadet Bomba Daerah Dungun. 
 
BAHAGIAN PERTAMA
 
BAHAGIAN KEDUA
 
 
 
Tamatlah cabaran hari pertama. Pada petangnya diadakan aktiviti trek berhalangan. Dengan mudahnya kadet kita dapat melepasinya tanpa sebarang masalah. Sebagai bonus....kadet-kadet diARAHKAN turun ke sungai. Kita mandi dulu....
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, April 24, 2011

DIARI : Hari Pertama - Ke Kem Merbau Menyusut

Setelah 3 minggu berlatih akhirnya tibalah detik untuk berangkat ke tempat perkhemahan di Setiu sana. Segala persediaan pakaian dan perkhemahan sudah dilakukan pada malam sebelumnya. Bas yang dijangka berada di sekolah untuk mengambil pelajar pada pukul 9 pagi tiba agak lewat. Akhirnya setelah segala kelam kabut dan masalah berjaya diselesaikan...bertolaklah kadet-kadet kita dengan penuh debaran. 

Testing sebelum bertolak.
Pengerusi Kadet Bomba SMK Paka sibuk mengambil gambar rakan-rakan.
Ceria walaupun bas agak hangat.


Kita tiba di kem tepat pada waktu zohor dan terus menunaikan solat jamak di surau kem. Persiapan perkhemahan terus dilaksanakan dengan bantuan Cikgu Mizi sebagai ketua kontigen. Ada kadet yang produktif dengan kerja gajet dan hiasan khemah,namun ada juga yang buntu tak tahu nak buat apa. Alahai itulah kadet kita :-) 

Kadet kita bersegera mendirikan khemah.
Mung buat gajet...mung bersih kawasan...aku nak buat apa ek?


Tahukah anda buluh di sana dijual dengan harga RM4 sebatang? Untuk menjimatkan kos,Cikgu Mizi telah mengajak beberapa orang kadet berserta guru dan bomba untuk mencari buluh tambahan di kebun keluarganya di Setiu. Terima kasih diucapkan,penah lelah menghias khemah itu sebenarnya ada hasilnya.

Cik Kimi bersama Faiz & Zizul memotong buluh untuk gajet.
Baru kutahu camne rasa pekerja asing kerja di ladang.


  Pada malamnya,kadet dipanggil berkumpul untuk taklimat Kem Komanden.

Bersiap....in the dark.


Berakhirnya hari pertama setelah semua kadet diarahkan tidur oleh kem komanden. Bersedialah untuk hari pertandingan pada esoknya.

DIARI SETERUSNYA : HARI KEDUA - PERTANDINGAN KAWAD KAKI & AKTIVITI TREK BERHALANGAN

Friday, April 22, 2011

Diari Perkhemahan Kadet Bomba Negeri 2011 - Preview

Ramai pengunjung blog yang meminta semua gambar & video perkhemahan diupload ke blog ini. Oleh itu,kami telah membuat keputusan untuk memaparkan semua aktiviti kadet bomba kita di sana secara berperingkat dalam segmen Diari ini. Setiap aktiviti akan dipaparkan satu persatu supaya semua dapat mengetahui dengan terperinci apa yang berlaku di sana dari detik bertolak hingga sampai semula di SMK Paka. Selain itu segala telatah kadet yang dirakam juga akan diupload


Diharap semua dapat bersabar kerana mengupload video HD ke youtube mengambil masa yang agak lama. Sementara itu,tontonlah video Kadet Bomba kita mencuba gelanggang pada pagi sebelum bermulanya pertandingan kawad kaki. Enjoy...



DIARI SETERUSNYA - HARI PERTAMA : BERTOLAK KE KEM MERBAU MENYUSUT

PULANG DENGAN KEMENANGAN

Tahniah diucapkan kepada semua kadet yang mewakili Daerah Dungun ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri Terengganu 2011. Persaingan tahun ini sangat sengit terutama sekali apabila kita sudah 3 tahun tidak menyertai perkhemahan peringkat negeri. Pelbagai halangan terpaksa kita tempuhi namun kita pergi dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. Pengalaman kali ini sangat berharga. Semoga tahun hadapan kita dapat mengambil panduan dari apa yang telah kita lalui kerana sudah pastinya tahun hadapan kita akan KEMBALI. 


PENCAPAIAN KONTIJEN DUNGUN 2011
TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KAWAD KAKI
TEMPAT KETIGA KAWAD OPERASI BASAH
TEMPAT KETIGA KHEMAH TERBAIK(TIDAK RASMI)
TEMPAT KELIMA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN


 Nantikan video dan gambar-gambar perkhemahan dalam paparan akan datang.

Thursday, April 14, 2011

Tahniah Kadet Bomba SMK Paka - Pertandingan Kawad Sekolah

Setelah mengharungi hari yang mendebarkan,keputusannya Kadet Bomba Lelaki mendapat tempat ketiga kategori GO dan saguhati bagi Kadet Bomba Wanita. Tahniah kepada semua yang bertanding. Ingat yang lebih penting sekarang ialah Perkhemahan Kadet Bomba Negeri. Berikan sokongan kepada wakil kadet kita yang bakal bertolak 15 April 2011.

Kita imbas kembali persembahan kadet kita hari itu.

Bersiap dari awal pagi.



Mambantu rakan-rakan kadet.
Siap untuk berbaris.

Saturday, April 9, 2011

BERJUANGLAH KADET BOMBA WANITA SMK PAKA!!!

Seperti pasukan elit kadet bomba lelaki,kadet wanita kita pernah juga tersohor nama dan reputasinya di dalam dan luar SMK Paka. Disegani oleh kawan dan juga lawan. Namun disebabkan kekurangan keahlian pelajar perempuan,kita hampir menghadapi kepupusan skuad wanita pada suatu ketika. 

Mesyuarat agung pertama 2011
Pada tahun 2010 kita telah diberikan nafas baru apabila pihak sekolah telah membahagikan pelajar tingkatan satu mengikut unit beruniform dengan seimbang. Hasilnya kadet bomba wanita mendapat ahli baru dari kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 sehingga sekarang. 

She's the boss...Hidayah memberitahu para junior.

Beri tumpuan tu Mirah....
Pada tahun ini skuad muda ini berpeluang untuk membuktikan kebolehan mereka dalam pertandingan di peringkat sekolah,daerah dan mungkin juga negeri. Dengan bantuan senior yang ada sekarang, insyaAllah kita mampu mengembalikan era kegemilangan kita pada tahun-tahun yang akan datang. Ayuh....teruskan latihan dengan bersemangat. Excellence for All!!!

Tontonilah rakaman video sepanjang latihan mereka.

KHUTBAH KAWAD OLEH HIDAYAH

LATIHAN KAWAD ELIT WANITA

Saturday, April 2, 2011

KURSUS PENGURUSAN GURU PENASIHAT BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH DUNGUN

Pagi tadi semua guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat daerah Dungun berkumpul di SMK Pulai Serai untuk mengikuti kursus pengurusan serta latihan amali aktiviti kebombaan.


Guru-guru kadet telah diberi taklimat perubahan dasar pertubuhan kadet yang melibatkan juga antaranya pertukaran uniform kadet,pendaftaran nombor badan kadet dan pendaftaran pertubuhan.


En.Tarmizi dari SMK Sura memberi taklimat.
En. Samsuddin dari PPD Dungun berucap sebagai penganjur.
Cikgu Yusop berbincang sesuatu dengan pegawai bomba AMBS.



Untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan guru-guru tentang aktiviti kebombaan,beberapa sesi latihan kawad kaki telah diadakan dengan bimbingan pegawai latihan dari Balai Bomba Paka,Dungun dan AMBS. Guru-guru juga telah diberi peluang menguji kebolehan mereka dalam aktiviti kawad hos

Cikgu Masniza dan Cikgu Susilawati berkawad.
Cikgu Nazirah dan Cikgu Asidah di barisan hadapan.
Pegawai Bomba Balai Dungun menerangkan tentang hos.
Cikgu Nazirah tak sabar nak cuba membimbit hos.
Teknik memikul hos.



Pengalaman yang diperolehi amat berharga. Terima kasih kepada PPD dan Balai Bomba terlibat atas tunjuk ajar yang diberikan. Diharapkan keterlibatan guru kadet selepas ini lebih proaktif dengan berbekalkan ilmu yang telah diperolehi tadi.
Barisan guru penasihat - Tn.Hj. Yusop(SMK Paka), En.Tarmizi(SMK Sura), En.Zuraihi(SMK Paka)& En.Md.Khir(SMK Balai Besar)

Thursday, March 31, 2011

DARI YOUTUBE - KADET BOMBA SELURUH NEGARA

VIDEO-VIDEO MENARIK TENTANG AKTIVITI KADET BOMBA SELURUH MALAYSIA. SEMOGA BOLEH MEMBERI SEMANGAT UNTUK KE PERKHEMAHAN NEGERI NANTI...

KADET BOMBA DARI PERAK 'BBUAT'....

DARI KLANG PULAK

KADET KB BUAT 'WAVE'



KITA PUN ADA TEPUK SEMANGAT KITA SENDIRI. 
TEPUK GORILA ALA BOMBA SMK PAKA




 SEKALI LAGI...

Wednesday, March 30, 2011

PEMILIHAN YANG MENDEBARKAN

Seperti yang dijadualkan,semalam dan hari ini telah berlangsung sesi pemilihan saringan kedua untuk memilih wakil tetap ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri. Nampaknya pemilihan kali ini lebih ketat dan persaingannya lebih kerana kadet kita terpaksa berentap dengan wakil dari 3 buah sekolah lagi(SMK Ketengah Jaya menarik diri). 

Gabungan 3 buah sekolah.


Lebih mendebarkan,seramai 8 orang pegawai bomba turun padang untuk pemilihan ini termasuk jurulatih dari Balai Bomba Kerteh.

Jurulatih berdedikasi



Di kalangan pegawai yang datang,seorang daripadanya pernah mewakili Negeri Terengganu dan menjadi JOHAN Kawad Kaki Bomba Kebangsaan tahun 2010. Beruntungnya kadet kerana mendapat tunjuk ajar beliau.

Bukan calang-calang jurulatih.


Alhamdulillah setelah selesai pemilihan,tiada daripada kadet SMK Paka yang hadir ke pemilihan dikeluarkan daripada skuad ini. Tahniah diucapkan kepada semua 35 orang kadet lelaki dan 35 orang kadet wanita yang terpilih. Tahniah juga kepada wakil SMK Seri Paka dan SMK Seri Rasau yang terpilih. 


En.Mahadi & En.Afizi
Segala gerak geri dinilai



Kadet Bomba wanita mendapat pujian jurulatih.

Senarai tetap ahli kadet ke perkhemahan ini akan disiarkan di blog ini pada hujung minggu ini. Stay tuned...