Saturday, April 9, 2011

BERJUANGLAH KADET BOMBA WANITA SMK PAKA!!!

Seperti pasukan elit kadet bomba lelaki,kadet wanita kita pernah juga tersohor nama dan reputasinya di dalam dan luar SMK Paka. Disegani oleh kawan dan juga lawan. Namun disebabkan kekurangan keahlian pelajar perempuan,kita hampir menghadapi kepupusan skuad wanita pada suatu ketika. 

Mesyuarat agung pertama 2011
Pada tahun 2010 kita telah diberikan nafas baru apabila pihak sekolah telah membahagikan pelajar tingkatan satu mengikut unit beruniform dengan seimbang. Hasilnya kadet bomba wanita mendapat ahli baru dari kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2 sehingga sekarang. 

She's the boss...Hidayah memberitahu para junior.

Beri tumpuan tu Mirah....
Pada tahun ini skuad muda ini berpeluang untuk membuktikan kebolehan mereka dalam pertandingan di peringkat sekolah,daerah dan mungkin juga negeri. Dengan bantuan senior yang ada sekarang, insyaAllah kita mampu mengembalikan era kegemilangan kita pada tahun-tahun yang akan datang. Ayuh....teruskan latihan dengan bersemangat. Excellence for All!!!

Tontonilah rakaman video sepanjang latihan mereka.

KHUTBAH KAWAD OLEH HIDAYAH

LATIHAN KAWAD ELIT WANITA

No comments:

Post a Comment