Wednesday, March 30, 2011

PEMILIHAN YANG MENDEBARKAN

Seperti yang dijadualkan,semalam dan hari ini telah berlangsung sesi pemilihan saringan kedua untuk memilih wakil tetap ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri. Nampaknya pemilihan kali ini lebih ketat dan persaingannya lebih kerana kadet kita terpaksa berentap dengan wakil dari 3 buah sekolah lagi(SMK Ketengah Jaya menarik diri). 

Gabungan 3 buah sekolah.


Lebih mendebarkan,seramai 8 orang pegawai bomba turun padang untuk pemilihan ini termasuk jurulatih dari Balai Bomba Kerteh.

Jurulatih berdedikasi



Di kalangan pegawai yang datang,seorang daripadanya pernah mewakili Negeri Terengganu dan menjadi JOHAN Kawad Kaki Bomba Kebangsaan tahun 2010. Beruntungnya kadet kerana mendapat tunjuk ajar beliau.

Bukan calang-calang jurulatih.


Alhamdulillah setelah selesai pemilihan,tiada daripada kadet SMK Paka yang hadir ke pemilihan dikeluarkan daripada skuad ini. Tahniah diucapkan kepada semua 35 orang kadet lelaki dan 35 orang kadet wanita yang terpilih. Tahniah juga kepada wakil SMK Seri Paka dan SMK Seri Rasau yang terpilih. 


En.Mahadi & En.Afizi
Segala gerak geri dinilai



Kadet Bomba wanita mendapat pujian jurulatih.

Senarai tetap ahli kadet ke perkhemahan ini akan disiarkan di blog ini pada hujung minggu ini. Stay tuned...





No comments:

Post a Comment