Monday, March 14, 2011

LATIHAN DALAM CUTI HARI KEDUA

Seawal jam 8.30 pagi,latihan sudah bermula. Kehadiran seramai 24 orang termasuk squad leader. Ahli yang hadir terdapat juga ahli-ahli yang baru. Pegawai Latihan dari Balai Bomba Paka pun turut memeriahkan dengan kehadiran mereka. Terima kasih kepada Pegawai yang sudi hadir dengan sukarela walaupun pihak sekolah tidak sempat menjemput secara formal.

 Latihan hari kedua lebih bersemangat

Latihan turut disertai oleh rakan-rakan baru.
Pegawai Bomba dari Balai Bomba Paka turun padang dengan kereta perisai mereka.
Pegawai Bomba berkongsi kepakaran mereka dengan para kadet.
Senyuman membawa padah.
Kan dah kata....
Fokus.
Semua pihak bekerjasama.
Paras!!! Saifuddin membantu skuad.
 Jurulatih yang setia bersama.
Semakin serasi. Semakin hampir membentuk Skuad Juara!
3 Komander....dulu dan kini.

Secara umumnya kita belum membentuk skuad yang lengkap lagi. Tapi dengan komitmen dan semangat begini,insyaAllah kita mampu jadi JUARA. 



p.s. semangat ahli kadet berlatih semasa cuti sekolah sangat-sangat dikagumi. Sepatutnya semangat begini boleh dinilai layak untuk mewakili Kadet Bomba ke peringkat lebih tinggi(contohnya ke negeri). Hanya di sini ada kadet sebegini. Teruskan Kadet Bomba SMK Paka.



No comments:

Post a Comment