Sunday, March 20, 2011

SEMANGAT MEMBARA - MISI MENJADI JUARA BERMULA

KEJUTAN BESAR
Pada perhimpunan mingguan pagi tadi seluruh ahli dan guru penasihat Kadet Bomba SMK Paka dikejutkan dengan pengumuman bahawa latihan pada petang ini akan dinilai oleh Pegawai Bahagian Latihan Balai Bomba Paka. Ahli Kadet yang terbaik akan disenaraikan untuk ke Perkhemahan Kadet Bomba Negeri.

Berita itu boleh dianggap satu kejutan besar kerana tiada makluman awal dari mana-mana pihak. Dalam keadaan kecemasan tersebut,semua ahli kadet Bomba Elit dan pelapis dipanggil berkumpul selepas perhimpunan.


Keliru. Semua ahli kadet terkejut dengan pengumuman tadi.
Kadet Bomba tetap sedia menghadapi apa jua dugaan.
Akhirnya senarai penuh elit dan pelapis berjaya dipenuhkan.
LATIHAN PENUH BERMULA
Tidak mahu kalah dengan dugaan,ahli Kadet Bomba datang berlatih seawal jam 4 petang. Kuota ahli 1 skuad berjaya dipenuhi dan kehadiran hampir mencapai 100%. Hanya beberapa orang sahaja yang tidak dapat hadir bersama termasuk 'Squad Leader 1'. 
Bomba Elit Wanita
Latihan keras sudah mula menampakkan hasilnya.
Hentak kaki....paras!


CABARAN
Keyakinan ahli kadet semakin memuncak. Latihan melintas di padang kawad untuk memperlihatkan kebolehan Kadet Bomba Elit lelaki. Di tempat yang sama beberapa skuad dari unit beruniform lain turut berlatih. Semuanya merupakan lawan di peringkat sekolah dan daerah nanti.
Kadet Polis Lelaki diwakili oleh junior-junior tidak boleh dipandang rendah.
Juara 2010. Kadet Polis Wanita sudah mula latihan formasi.
Diperhatikan dan dinilai.


HALANGAN
Walaupun kualiti latihan semakin meningkat,terdapat beberapa isu besar yang masih lagi melanda terutamanya komitmen ahli-ahli yang terlibat dalam sukan dan permainan. Majoriti daripada skuad elit lelaki terlibat dengan pertandingan bolasepak peringkat zon yang bermula minggu ini. Sebahagian daripada elita wanita juga terlibat dengan pertandingan bola jaring. Satu alternatif sedang difikirkan oleh guru-guru penasihat untuk membolehkan komitmen ahli pada latihan dan ujian tetap berterusan. 
11 orang. Hanya mereka yang tinggal setelah sebahagian ahli bergerak ke padang sekolah untuk latihan bolasepak.






BERSURAI
Hampir jam 5 petang dikhabarkan Pegawai Latihan Bomba tidak akan hadir atas sebab teknikal. Oleh itu,pemilihan ahli ke peringkat negeri ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kadet,guru penasihat yang hadir serta jurulatih sukarela yang berkorban masa dan tenaga untuk bersama menjayakan latihan ini.

No comments:

Post a Comment