Thursday, April 28, 2011

DIARI : Hari Kedua - Pertandingan Kawad Kaki & Trek Berhalangan

Malam pertama di Merbau Menyusut agak kurang selesa. Al-maklumlah...sudah biasa tidur beralas tilam empuk dan berteman bantal golek. Nyanyian serangga dan dengkuran teman sekhemah membuatkan mata tidak mampu lelap.Yang menambahkan resah,esok paginya bermulalah pertandingan kawad kaki. 


Seawal 4.30 pagi sudah ada para kadet yang bangun untuk bersiap,namun yang betul-betul membangkitkan semua dari tidur ialah 'leteran' Kem Komanden. Setelah solat subuh berjemaah,senaman pagi dan sarapan pagi...bersiaplah kadet kita dengan uniform lengkap. Kadet kita terpaksa bergegas....sebab giliran persembahan kawad Kontijen Dungun.....


Nasib kita la tu...dapat giliran pertama setiap acara. Mungkin Tuhan mahu menguji kita. Apapun,lawan tetap lawan.



Jangan gabra Harith....aku sentiasa di sisi mu.
Confident.
Medan Pertandingan...debarannnnn
Kami yang pertama tiba di lokasi.
Kontijen Marang yang lambat sampai...Dungun jugak dimarahinya.
Segak dan bersedia.

Kontijen Dungun siap sedia untuk diperiksa pakaian Tuan!!!
Tibalah giliran yang ditunggu-tunggu....sungguh ramai yang meminta untuk melihat video ini. Dengan sukacitanya dipersembahkan,video rakaman kawad kaki Kadet Bomba Daerah Dungun. 
 
BAHAGIAN PERTAMA
 
BAHAGIAN KEDUA
 
 
 
Tamatlah cabaran hari pertama. Pada petangnya diadakan aktiviti trek berhalangan. Dengan mudahnya kadet kita dapat melepasinya tanpa sebarang masalah. Sebagai bonus....kadet-kadet diARAHKAN turun ke sungai. Kita mandi dulu....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment