Sunday, April 24, 2011

DIARI : Hari Pertama - Ke Kem Merbau Menyusut

Setelah 3 minggu berlatih akhirnya tibalah detik untuk berangkat ke tempat perkhemahan di Setiu sana. Segala persediaan pakaian dan perkhemahan sudah dilakukan pada malam sebelumnya. Bas yang dijangka berada di sekolah untuk mengambil pelajar pada pukul 9 pagi tiba agak lewat. Akhirnya setelah segala kelam kabut dan masalah berjaya diselesaikan...bertolaklah kadet-kadet kita dengan penuh debaran. 

Testing sebelum bertolak.
Pengerusi Kadet Bomba SMK Paka sibuk mengambil gambar rakan-rakan.
Ceria walaupun bas agak hangat.


Kita tiba di kem tepat pada waktu zohor dan terus menunaikan solat jamak di surau kem. Persiapan perkhemahan terus dilaksanakan dengan bantuan Cikgu Mizi sebagai ketua kontigen. Ada kadet yang produktif dengan kerja gajet dan hiasan khemah,namun ada juga yang buntu tak tahu nak buat apa. Alahai itulah kadet kita :-) 

Kadet kita bersegera mendirikan khemah.
Mung buat gajet...mung bersih kawasan...aku nak buat apa ek?


Tahukah anda buluh di sana dijual dengan harga RM4 sebatang? Untuk menjimatkan kos,Cikgu Mizi telah mengajak beberapa orang kadet berserta guru dan bomba untuk mencari buluh tambahan di kebun keluarganya di Setiu. Terima kasih diucapkan,penah lelah menghias khemah itu sebenarnya ada hasilnya.

Cik Kimi bersama Faiz & Zizul memotong buluh untuk gajet.
Baru kutahu camne rasa pekerja asing kerja di ladang.


  Pada malamnya,kadet dipanggil berkumpul untuk taklimat Kem Komanden.

Bersiap....in the dark.


Berakhirnya hari pertama setelah semua kadet diarahkan tidur oleh kem komanden. Bersedialah untuk hari pertandingan pada esoknya.

DIARI SETERUSNYA : HARI KEDUA - PERTANDINGAN KAWAD KAKI & AKTIVITI TREK BERHALANGAN

No comments:

Post a Comment