Pagi tadi semua guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat daerah Dungun berkumpul di SMK Pulai Serai untuk mengikuti kursus pengurusan serta latihan amali aktiviti kebombaan.
Guru-guru kadet telah diberi taklimat perubahan dasar pertubuhan kadet yang melibatkan juga antaranya pertukaran uniform kadet,pendaftaran nombor badan kadet dan pendaftaran pertubuhan.
En.Tarmizi dari SMK Sura memberi taklimat. |
En. Samsuddin dari PPD Dungun berucap sebagai penganjur. |
Cikgu Yusop berbincang sesuatu dengan pegawai bomba AMBS. |
Untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan guru-guru tentang aktiviti kebombaan,beberapa sesi latihan kawad kaki telah diadakan dengan bimbingan pegawai latihan dari Balai Bomba Paka,Dungun dan AMBS. Guru-guru juga telah diberi peluang menguji kebolehan mereka dalam aktiviti kawad hos.
Cikgu Masniza dan Cikgu Susilawati berkawad. |
Cikgu Nazirah dan Cikgu Asidah di barisan hadapan. |
Pegawai Bomba Balai Dungun menerangkan tentang hos. |
Cikgu Nazirah tak sabar nak cuba membimbit hos. |
Teknik memikul hos. |
Pengalaman yang diperolehi amat berharga. Terima kasih kepada PPD dan Balai Bomba terlibat atas tunjuk ajar yang diberikan. Diharapkan keterlibatan guru kadet selepas ini lebih proaktif dengan berbekalkan ilmu yang telah diperolehi tadi.
Barisan guru penasihat - Tn.Hj. Yusop(SMK Paka), En.Tarmizi(SMK Sura), En.Zuraihi(SMK Paka)& En.Md.Khir(SMK Balai Besar) |
No comments:
Post a Comment